KUTIPAN BAYARAN YURAN TAHUN SEMASA 2026 SERTA 2025 DAN SEBELUMNYA
Pihak AJK surau mendapati masih ramai yang belum membuat bayaran untuk tahun 2025 yang lepas dan ada juga yang masih ada tunggakan untuk tahun sebelumnya.
Sebagaimana yang umum mengetahui perjalanan tabung khairat boleh berfungsi dengan baik jika proses kutipan berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan ahli membuat bayaran yuran tahunan pihak AJK menyediakan kaedah bayaran menggunakan sistem yang di panggil Sistem Derma selain bayaran secara tunai kepada Bendahari Khairat dan online transfer ke akaun bank khairat di Bank Muamalat bernombor 12070005340716.
Link kepada sistem derma untuk khairat kematian ialah seperti berikut:
Untuk tahun 2025 dan sebelumnya: https://khairat.suraualikhwan.com/khairat-2025/
Untuk tahun 2026: https://khairat.suraualikhwan.com/khairat-2026/
Sila ambik maklum pihak AJK surau menetapkan semua tunggakan untuk tahun 2025 dan sebelumnya perlu di jelaskan sebelum 31 Mac 2026, jika tidak keahlian akan gugur secara automatik.
Untuk tahun 2026 pula, bayaran perlu di jelaskan sebelum 31 Mei 2026 untuk mengelakkan gugur keahlian.
Pihak AJK Surau mohon kerjasama semua pihak untuk sama2 menyokong operasi badan khairat kita supaya semua urusan dapat di kendalikan dengan segera dan berkesan.
Terima kasih
A. SYARAT SYARAT KEAHLIAN DAN MAKLUMAT TANGGUNGAN:
- Terbuka kepada Suami / Isteri
- Anak kandung yang belum berkahwin yang tinggal bersama ahli
- Anak tiri yang belum berkahwin yang tinggal bersama ahli
- Anak angkat yang belum berkahwin yang tinggal bersama ahli
- Ibu dan bapa yang tinggal bersama ahli (lebih dari 6 bulan)
- Ibu dan bapa mertua yang tinggal bersama ahli (lebih dari 6 bulan)
B. PERATURAN KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN:
- Yuran pendaftaran ahli baru telah ditetapkan sebanyak RM100 (Pendaftaran RM40+Yuran Tahunan RM60) dan disertakan bersama borang permohonan keahlian
- Yuran ahli sebanyak RM60 SETAHUN (bermula 2025) perlu dibayar sebelum akhir bulan Mei.
- Sekiranya ahli yang meninggal dunia, keahlian boleh diteruskan oleh isteri atau waris tanpa perlu mendaftar semula, tetapi harus memaklumkan kepada JK Khairat.
- Jika ahli gagal menjelaskan yuran sebelum akhir bulan Mei, dan gagal memberi maklum balas yang munasabah, setelah surat maklum akan dikeluarkan, keahlian akan terbatal dengan sendirinya.
- Ahli yang berpindah ke tempat lain, boleh meneruskan keahlian dengan membayar yuran seperti biasa
- Apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli, waris akan menerima sumbangan sebanyak RM 1,950.00 dan daripada itu:
6.1 Jika waris menguruskan sendiri jenazah, pihak JK KHAIRAT akan menyerahkan sepenuhnya RM1,950.00 jika tiada sebarang tunggakan yuran, Jika terdapat tunggakan, maka akan ditolak tunggakan tersebut dan bakinya akan diserahkan kepada waris.
6.2 Jika JK KHAIRAT menguruskan jenazah, wang tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk semua urusan jenazah (Klaus 6.3) iaitu termasuk urusan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, solat jenazah, perkebumian jenazah, pengangkutan jenazah (Klaus 6.4) ke tanah perkuburan dan bacaan talkin. Sekiranya ada baki, akan di serahkan kepada waris.
6.3 KOS PENGURUSAN JENAZAH
BIL. URUSAN KOS (±RM)
- Mandi & Kafan Jenazah 300.00
- Peralatan (Kit Jenazah) 200.00
- Lot Kubur 900.00
- Saguhati Penggali Kubur 100.00
- Pengangkutan Van Jenazah (Klaus 6.4)
-Jika Ahli 50.00
-Jika Bukan Ahli 150.00 - Driver Van Jenazah 50.00
- Imam Solat Jenazah 100.00
- Imam Bacaan Talkin 100.00
- Pembersihan & Pengemasan Bilik Jenazah 100.00
- Khemah (Jika ada)
- Lain- Lain (cth: makanan & minuman jika ada)
6.4 KADAR KOS PENGANGKUTAN (VAN JENAZAH + PEMANDU + MINYAK & TOL)
URUSAN AHLI DAN BUKAN AHLI
SEKITAR BANDAR BARU BANGI (10KM RADIUS)
- Van Jenazah RM 50.00 atau RM 150.00
DI LUAR DARIPADA BANDAR BARU BANGI
- Minyak & Tol RM 1.00/km RM1.00/km
- Pemandu Van RM 0.50/km atau RM1.00/km
- Penginapan Pemandu Van (Jika perlu) 150.00 atau 250.00
C. RUJUKAN AHLI
- Pihak JK KHAIRAT mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama-sama menyertai program khairat anjuran Surau Al-Ikhwan dan Surau Al-Islah, Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Sila pastikan ahli-ahli sentiasa memahami serta mamatuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.
- Ahli-ahli boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk papan kenyataan yang terdapat di surau Al-Ikhwan dan Surau Al-Islah atau terus menghubungi AJK Biro Khairat yang telah dilantik.
Ahli-ahli akan mendapat satu salinan borang dan helaian peraturan ini setelah mendaftar sebagai ahli untuk rujukan
D. BIRO KHAIRAT KEMATIAN 2024-2026
- Pengerusi : Haji Kamarudin Utar – 0192636974
- Setiausaha: Haji Zamri – 0133508550
- Bendahari: Aris – 0133655448
- Pengurusan Jenazah:
- Haji Kamarudin Utar (Haji K) – 0192636974
- Imam Din – 0136651068
- Van Jenazah: Haji Razali (Abg Zali Grill) – 0192755750
- Cikgu Elias – 0126243814
- AJK: (Lorong / Kediaman) AJK (Wakil Lorong)
(5A) Haji Zamri – 0133508550
(5A) Haji Shamsudin – 0146413082
(5B) Afzanizam – 0193149951
(5C) Kamaruzaman – 0193154486
(5C) Haji Mat Noor – 0192802076
(5D/1 & 5D/2) Haji Wak Jaidi – 0196418618
(5D/3 & 5D/4) Haji Kamaludin Tomiran – 01931553135
(5E) Haji Zack -0193304135
(Seksyen 4) Haji Zainudin – 0196001205
(Pangsapuri Melor) Mohd Khairi – 0193746229
(Kayu Manis) Haji Sukri – 01164893909
